Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji (SUMBER BERITA HARIAN) 13 April 2021 Gambar: Muhyiddin menyampaikan ucapan bersempena Bulan Ramadan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan yang disiarkan melalui akaun Facebook rasminya pada Selasa. KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat kerajaan persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf khususnya secara berkala melalui potongan gaji, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri berkata, tindakan itu antara empat perkara utama yang digariskan bagi memastikan instrumen wakaf dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara. Untuk itu, beliau mahu semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan serta agensi peringkat persekutuan memainkan peranan dalam menggalakkan pegawai dan kakitangan mereka berwakaf. Katanya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah meluluskan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2020 Tatacara Pela...
Comments
Post a Comment